Ada seekor anak gajah yang telah dirantai di kaki degan rantai besi oleh tuan nya di sebatang kayu. Setiap hari anak gajah itu berusaha untuk melepaskan diri nya. Tetapi usaha nya itu sentiasa menemui jalan buntu.Sehinggalah suatu hari anak gajah tersebut telah berputus asa dan tiadak mahu berusaha lagi.
Masa berlalu, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Anak gajah tersebut telah pun menjadi dewasa.
Malang nya anak gajah tersebut masih lagi dengan keadaannya dirantai ditempat yang sama walhal keadaan fizikal nya telah berubah. Anak gajah tidak lagi di gelar anak gajah tetapi gajah dewasa.Menagapa ini berlaku sedangkan mengikut akal dengan kekuatan yang ada pada gajah dewasa itu sekarang dengan sekali rentap sahaja dia akan dapat melepas kan diri.
Ini kerana gajah dewasa itu telah pun hilang keyakinan diri ketika menjadi anak gajah dan tidak mahu berusaha lagi. Pemikirannya telah di programkan seperti pemikiran yang dahulu.