Monday, October 20, 2008

Petikan dari rencana@kosmo 18/10/2008 dalam siri Jelajah Thailand

Antara Bangkok dan Ayutthaya
Oleh ROHANA MAN
rencana@kosmo.com.my
Bangkok, sebuah ibu kota yang sesak sehinggakan kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke hotel di Jalan Khaosan. Ayutthaya pula, sebuah kota purba yang kaya dengan runtuhan kuil yang berusia ratusan tahun.



SEORANG penari berpakaian tradisional Thai menyambut ketibaan pelancong di pentas terapung di Ratchaburi.
________________________________________


SEGALANYA seperti tidak menjadi. Banyak masalah tidak diduga muncul pada saat akhir pemergian kami ke 'tanah gajah putih'. Namun, saya bersama tiga rakan berjaya mengurus cabaran awal dengan baik. Hasilnya, dua daripada kami menaiki pesawat AirAsia manakala dua rakan lain menaiki keretapi dari Butterworth. Kami bertemu di Bangkok.
Menaiki pesawat hanya mengambil masa dua jam berbanding perjalanan keretapi yang memakan masa kira-kira 22 jam.
Hari pertama di Bangkok menyaksikan kami 'bergaduh' dengan pemandu teksi. Setelah gagal menemui hotel yang dicari, kami akhirnya menaiki sebuah teksi lain menuju ke Jalan Khaosan. Di sepanjang jalan ini, kami melihat puluhan hotel, bar, pusat hiburan dan rumah urut yang murah sekali gus menjadi tumpuan pengembara backpackers dari seluruh dunia.
Kami menginap di Siam Oriental Inn yang menawarkan bilik berhawa dingin pada harga RM39 satu malam. Pada malamnya, kami menjelajah kawasan sekitarnya dan sempat mencuba urutan kaki yang dikenakan bayaran RM12 untuk setengah jam. Terasa biasa sahaja, tiada yang istimewanya urutan ini. Mungkin kami pergi salah tempat.
Pasar terapung Damnoen Saduak
Kata orang, tidak lengkap jika tidak melawat pasar terapung di wilayah Ratchaburi. Dikenali sebagai Damnoen Saduak Floating Market, kami menyewa teksi pergi dan balik pada harga RM150. Perjalanan ke sungai itu memakan masa 1 jam 15 minit kerana jaraknya kira-kira 104 kilometer dari Bangkok. Kami terkejut kerana dikenakan tiket berharga RM100 seorang untuk lawatan dua jam di pasar terapung itu dengan menaiki Long Tail Boat. Mahu tidak mahu, terpaksalah kami membayarnya.




TRAFIK di pasar terapung Damnoen Saduak yang terletak di wilayah Ratchaburi sentiasa sesak dengan bot panjang yang dipenuhi muatan barangan jualan.
________________________________________


Di kiri dan kanan tebing sungai dipenuhi dengan gerai jualan pelbagai barangan daripada sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan segar, barangan siap seperti pakaian, kraftangan, cenderamata dan lain-lain. Menariknya, kebanyakan bot ini dikemudi oleh wanita!. Kami sempat singgah di sebuah pusat kraftangan tempurung kelapa dan menonton persembahan tarian tradisional Thailand. Terdapat lapan jenis tarian yang boleh dipilih dan kami memilih tarian Lao Ving.
Selesai lawatan ini, kami menaiki teksi yang sama menuju ke The Grand Palace di Bangkok. Setelah membayar tiket masuk berharga RM30 seorang, kami menjelajah seluruh kompleks istana yang terletak di kawasan yang dinamakan Ko Ratanakosin. Tarikan utamanya ialah istana raja yang hanya digunakan untuk majlis tertentu, Wat Phra Kaeo atau The Temple of the Emerald Buddha. Lawatan diteruskan ke restoran Cili Padi milik pasangan suami dan isteri dari Malaysia, Norliza Tahir dan Azizan Ibrahim. Kami menikmati makanan Malaysia yang menyelerakan.
Memandangkan petang masih muda, kami sempat singgah di beberapa buah pusat beli-belah di kota raya Bangkok seperti Platinum Fashion Mall. Di sini, segala jenis pakaian dijual secara borong.
Selain wajah-wajah tempatan, kami melihat pusat beli-belah ini dibanjiri oleh pelancong wanita Arab yang memborong sambil ditemani suami dan anak-anak.



MAKANAN eksotik seperti katak, lipas, cengkerik, belalang dan ulat yang digoreng laris dijual di sebuah pasar malam di Ayutthaya.
________________________________________


Malam semakin larut dan oleh kerana mahu menjimatkan belanja, kami menaiki bas untuk pulang ke hotel.
Menaiki bas awam di Bangkok memang menyeksakan. Bas bernombor 511 tidak pernah meluncur laju, sebaliknya bergerak seperti kura-kura. Setelah satu jam berdiri dalam keadaan bersesak, kami akhirnya berjalan kaki untuk balik ke hotel. Bertanyakan kepada seorang remaja lelaki yang kebetulan berdiri di sebelah saya, katanya, kami perlu berjalan sejauh satu kilometer untuk sampai ke Jalan Khaosan. Oleh kerana tersesat dan tersalah masuk lorong, perjalanan menjadi lebih jauh daripada yang dijangkakan. Memandangkan kepenatan, kami tidur awal kerana keesokan harinya, kami perlu menaiki bas pada awal pagi untuk ke Ayutthaya.




SUASANA sepi pada waktu pagi di Jalan Khaosan, Bangkok bertukar sibuk menjelang waktu malam.
________________________________________


Kota purba Ayutthaya
Seawal pukul 7 pagi, kami menaiki teksi menuju ke Northern Bus Terminal di Mor Chit. Sebaik tiba, kami terus menuju ke kaunter tiket dan petugas di kaunter itu menyuruh kami menunggu di terminal 113 atau 123. Ayutthaya pernah menjadi ibu negara Siam (nama lama Thailand) selama 417 tahun. Kami menaiki bas dari terminal 113.
Tambang bas berhawa dingin ini hanya RM5.50. Bas berhenti di beberapa lokasi sebelum tiba di Ayutthaya pada pukul 9.45 pagi. Agak lucu, kerana bas ini tidak berhenti di stesen, sebaliknya di tepi jalan. Kami hanya turun selepas seorang lelaki di luar bas mengetuk cermin tingkap di sisi tempat duduk saya dan menunjukkan isyarat supaya turun. Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Yasin. Oleh kerana beliau kurang fasih berbahasa Inggeris dan hanya faham beberapa perkataan sahaja, ia menyukarkan kami mendapatkan maklumat lanjut tentang bandar purba ini. Dalam pada itu, Yasin memberitahu beliau beragama Islam dan memandu tut-tut, sejenis kenderaan roda tiga yang popular di Thailand untuk mencari rezeki.




SEORANG rakan bergambar di hadapan Wat Chaiwatthanaram yang berusia 378 tahun di Ayutthaya.
________________________________________


Saya dan Kak Kay sempat membeli beras di sebuah kedai berdekatan. Mungkin ada yang tertanya kenapa kami membeli beras? Jawapannya ialah, kami memasak di bilik hotel menggunakan periuk nasi yang dibawa. Lauknya terdiri daripada rendang, kari, kurma dan ayam masak merah segera Brahim. Kami lakukan ini untuk menjimatkan perbelanjaan.
Yasin menunjukkan senarai hotel yang dicadangkan sebelum membawa kami ke sebuah hotel. Malangnya, hotel itu telah penuh dan kami kemudian dibawa ke Jitvilai House. Nasib baik, bilik masih banyak dan bayarannya juga murah iaitu RM50 satu malam.
Di antara semua hotel yang kami menginap, inilah hotel yang paling baik. Ia bukan sahaja luas tetapi bersih dengan lantai jubin dan tilam yang empuk. Turut disediakan ialah televisyen dan almari solek berlaci. Untuk memudahkan lawatan kami, Yasin dengan rela hati menyerahkan tugas membawa kami melawat sekitar Ayutthaya kepada seorang rakannya yang fasih berbahasa Inggeris.
Dengan bayaran RM20 seorang, kami dibawa menaiki tut-tutnya melawat enam buah kuil purba, antaranya Wat Phra Si Sanphet (dibina pada tahun 1350 dan merupakan imej paling popular dalam brosur pelancongan Thailand), Wat Chaiwatthanaram (dibina pada tahun 1630 dan memiliki menara mengikut seni bina diraja Kemboja) dan Wat Phra Mahathat (dibina pada tahun 1374).




PENULIS bergambar di hadapan kuil Wat Phra Si Sanphet berusia 658 tahun dan merupakan imej paling popular dalam brosur pelancongan Thailand.
________________________________________







BERGAMBAR di hadapan sebuah kuil yang terdapat dalam kawasan The Grand Palace, Bangkok.
________________________________________

Terdapat kira-kira 95 buah kuil purba di Ayutthaya yang sebahagian besarnya terletak di Ayutthaya Historical Park.
Bandar purba ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) pada tahun 1981.
Pada malamnya, kami berempat sempat menjelajah sebuah bazar malam yang menjual hampir semua barangan keperluan rumah termasuk perabot. Di sini juga, senjata api dijual tanpa sekatan. Makanan eksotik seperti katak, lipas, cengkerik, belalang dan ulat yang telah digoreng nampaknya laris dijual.
Dalam sibuk saya memilih kerongsang daripada batu jed, saya terlihat sebuah pentas dikerumuni pengunjung. Di atas pentas, sebaris wanita berpakaian hanya coli dan seluar dalam sedang asyik menari mengikut alunan muzik yang rancak.
Dari jauh, saya melihat terdapat lapan penari kesemuanya. Rupa-rupanya, mereka mengambil bahagian dalam pertandingan tarian rancak.
Apabila muzik dibunyikan, mereka akan menari mengikut gaya sendiri. Setiap kali muzik berhenti, juri akan memilih seorang peserta untuk disingkirkan. Seorang demi seorang penari tersingkir tetapi kami tidak menunggu sampai habis persembahan itu.



________________________________________

Keesokan harinya pada awal pagi, kami menaiki van ke Kanchanaburi untuk melihat jambatan bersejarah peninggalan Perang Dunia Kedua di Sungai Kwai.
Lawatan ini hanya sempat dilakukan setengah hari sahaja kerana Kak Kay menyedari bahawa dia tertinggal pasport dan dompet di Jitvilai House, Ayutthaya. Terpaksalah kami berpatah balik dan syukur kerana semuanya ada di dalam dompet Kak Kay. Selepas itu, barulah kami lega untuk meneruskan perjalanan kereta api menuju ke Chiang Mai.

Wednesday, August 6, 2008

Jelajah Thailand - siri 1

13/07/08 - Ahad

8.45 p.m - Bertolak dari KL Central ke Batuworth.Tido la sepanjang dalam keretapi. Harga tiket kelas 2 lebih kurang RM 30.00. Tak ada katil tapi sit bole turun. Kalu kelas 3 dalam RM 17.00 tetapi sit tegak jer.Agak tidak banyak cer sangat la dalam ketekapi ni, tapi lebey kurang pukul 11.00p.m mcm tu aku teman jugak la Kak K pergi kantin cari makanan dia lapar.Aku dah belasah piza maser makan kat K.L awek belanja hehe..Satu lagi yg baru aku tahu dalam keteapi tu ada tempat sembahyang dan tempat amibil air sembahyang sekali dekat jer dgn tempat sembahyang. Agak di bangga kan juga la perkhidmatan KTM.

14/07/08 - Isnin

6.00 a.m - sampei di batuworth.

6.30 a.m - Sem subuh kat surau keretapi batuworth jumpa Pakcik Mat.

7.00 a.m - Lepas sem nak pegi breakfirst tapi takkan nak bawa beg besau2 kulu kilir, jadi tny la polis kat situ dia cakap mintak maaf tak bole letak kat balai polis ni hehehe..tny KTM.Ruper2 nyer ada perkhidmatan simpan beg oleh KTM, cuma bayar RM 3.00 jer..ok la jugak.

8.30 a.m - Naik feri pg ke penang bahagian pulau, ju datang amik naik kete pg breakfirst sekali lagi kat mamak penang plak. pekena masalodeh

10.00 a.m - Ronda2 penang singgah pulau jerejak, last2 tak tau nak buat aper pegi la rumah Ju tumpang mandi jap.Dapat la baring2 kan badan dalam sejam dua before mandi. Tapi ada satu citer yang agak best jugak la kat rumah Ju ni, biasa kawan2 aku cakap kalu diaorang buat citer pasal gosip awek ni, statement yang akan keluar ialah " hui tip kalu ko dapat awek tu untung siut , pendek kater masuk rumah bawak berus gigi jer.." tapi kali ni aku tumpang mandi rumah Ju towel di sediakan..bukan setakat tu berus gigi baru cap tesco pun disediakan juga...pergh !! lagi dahshyt yang masuk rumah berus gigi pun tak pyah bawak..hehe bawak badan jerk..

13.00 - lepas tengok gambar2 kat rumah dia dan tgk CD pokhara kat rumah dia, pegi makan di Restoran Beras Cap Udang..pergh memang best pekena masakan kampung..terangkat habis beb ulam2 dgan pari bakar.Pastu agak kelam kabut jugak la pergi ker stesen keretapi batuworth semula nasib baik feri pukul 2.oo p.m tak terlepas.

14.30 - sampai di stetsen batuworth semula, huh Kak K tukar duit bath, tapi aku buat derk jer..nak tukar macam mana sebab duit malaysia pun aku tak ada dalam poket..hehehe..bertolak ker bangkok.

14.45 - Bertolak ke Bangkok. Hanya 2 gerabak jer yang diperuntukkan untuk membawa passanger dari Malaysia.Masa kat setesen Batuworth nak naik keteapi tu ada sorang mamat ni pakai baju ala2 player ragbi, badan agak taf jugak la..Perjalanan mengambil maser lebih kurang 25 jam dari batuworth ke stesen Hua Lam phong Bangkok, tetapi janagn risau perkhidmatan keretapi ni agak selesa la sebab pukul 8.30 malam dah pasang katil denagn cadar dan selimut baru...so tak penat la sebab sepanjang malam boleh tido..bukak jer mater dah sampai kat thailand.

19:30 - Tapi mase kat padang besar kena keluar kejap la cop passport dalam setengah jam jerk berenti kalu orang tak ramai.Masa ni Kak K queue dia beborak pulak sorang mamat bebangsa cine dari Malaysia bernama Yao.mamat ni muda lagi lebey kureng umur dia lingkungan 26 tahun.

Cerita pasal Ju

Cerita pasal Azman



Cerita pasal Yao

Saturday, July 12, 2008

Siri Jelajah Asia. ( Thailand )

Kap kum kap....

Sebelum ini pun aku pernah pergi 2x ke indonesia dan 1 kali ke nepal. Agak2 nepal tu termasuk dalam Asia tak..ntah aku pun tak tahu..agak kureng ilmu geografi jugak aku ni..tapi aritu ada dah la masuk thailand kat betong tahun 2000 secara haram and bulan 6 aritu pergi Phuket. Selepas aku aku berjumpa peter chin aku rasa tekad aku makin kuat untuk melawati tempat seluruh dunia. Jadi untuk mase sekarang ni dengan kadar pendapatan yg agak terhad aku bertekad untuk siri Jelajah Asia jer dulu.

Ari jumaat aritu11/08 aku beli tkt keteapi kat K.L central dgn kak K, dari k.l ke batuworth train pukul 8.00 mlm ahad sampai pukul 5 pg. dari batuworh ke bangkok lebih kurang rm 111.90 perjalan selama 25 jam.

Hari ini bermula nya siri jelajah Asia aku yg agak official la sikit selepas dah pasang niat dalam ati.

Pagi td aku naik bas kul 7.30 pagi dari Muor selepas meminta restu dari ibu dan bapa aku. Mak aku bagi rm 150 utk duit poket sbb dia tahu aku nak jalan tak ader duit langsung...hehehe...nasib baik jgk dia ulur.

Masa naik bas tadi ada pakcik duduk sebelah aku dia nak pergi kursus/ meeting koperasi. Mula2 dia tegur aku letak la beg aku kat bawah. Aku cuma senyum jer kat dia tanda degil tapi hormat la hehehe...pastu masa bas dah berjalan aku terus jer selamba cakap " fuhh ..penuh bas arini.." org agak nye dah ramai naik bas sbb harga minyak naik..."..dia pun menjawab ia...sedangkan dia pun naik bas nak jimat tak bawa kete..hehehe

bermula siri borak aku dgn dia..dia duduk kat parit Unas Laut...Haji Ghani nama nya..Yg best nyer apa yg aku rase berharga pada perbualan tadi ialah Haji Ghani tu umur nya lebih kurang 54 tahun dan beliau kenal degan Arwah Atuk Haji Ismail...atuk aku sebenarnya...

Maka mula lah aku tny Haji Ghani tu cerita pasal atuk aku masa dulu...

" Atuk kau dulu masa meninggal banayk orang cerita atuk kau ni orang Alim...tapi dia sakit." ..."tp dia tak kacau orang"...." sayang sungguh runah kayu atuk kau tu dirobohkan..mmg rumah yang palimh cantik dulu tersergam indah kukuh rumah lama..tradisi rumah lama..."....atuk kau tu pembersih orang nyer...lama dia duduk sorang..." "Arwah belajar sekolah pondok..." dia sakit ...agama....dia sembahyang dan tak kacau org..dia boleh beli barang dengan betul.....

agaknye Haji Ghani nak cakap Atuk aku ni kuat agama ..dan sakit....


masuk kali ni dah 2 orang kampung tu yg aku tak kenal jumpa masa nak balik k.l cerita pasal atuk Haji Ismail ni dan pasal rumah kayu dia yang cantik....Aku dapat raserkan atuk aku ni adalahorang yang hebat

Maka benarlah atuk aku Haji Ismail ni adalah orang yg hebat...Memang aku ada tanya atuk besah isterinya...masa aku tolak2 atuk aku keluar rumah diatas kerusi roda tengok matahari naik...

" masa bujang2 dulu dia belajar 7 tahun di Mekah.." balik dia ada sakit puas bapak dia Haji abdul Rahman ubat kan dia..pastu dia kawin dengan aku....selepas dapat anak yg ke 10 sakit dia datang semula.."

Bapak aku pun pernah cakap Atuk Haji ismail pernah belajar ker atau belajar bersama2 Tok Kenali....

..... aku penah baca kata2 ingeris, "orang yang hebat ialah dia tak perlu bagitau orang tapi dunia akan ceritakan untuk nya.."..huh..!.


Aku nak jadi seperti atuk Haji Ismail...belayar hingga ke Makkah untuk menuntut ilmu.Aku kadang2 bertanya dalam hati kenapa atuk Haji Ismail tak turunkan ilmu dia, harta nya kat anak2 dia...kalu tak keturunan nya pasti hebat2 sekarang....wallahalam...rahsia tersebut itu semua dalam genggaman NYA. Hanya Allah sahaja yang tahu.....tapi sampai sekarang hati kecil aku ini masih mencari sejarah2 lama cerita Arwah Atuk Haji Ismail...kerana aku dapat rasa kan beliau adalah seorang yang hebat....

Sekarang pukul 1.45 ptg..aku kat cybercafe segambut...aku akan meneruskan perjalanan ke K.L cental sebentar lg dan berjumpa effa seketika di mid. valley sebelum bertolak....

Tapi yg best pagi tadi aku dah implement first step 'appreciation'.....Cina muar kat perancang kewangan menyuruh FC nya memeluk orang yang tersayang...mmg aku tgk slpas aku peluk mak and abah...luar biasa kesan nya pada mereka....mgkin mereka terkejut..risau juga tentang keselamatn aku dalam siri Jelajah ni...tak pernah plak aku peluk mereka tetiba jer...


aku berkata abah doakan keselamatan saya ek pergi dan balik.....Hati ini sentiasa mencari sesuatu yang tak tahu sebenarnya apa yang hendak dicari...tetapi yakin dengan melakukan pengembaraan seperti ini satu hari nanti aku akan berjumpa dengna apa yg aku cari dalam hidup ini...seperti Atuk Haji Ismail......

amin....

nak gerak dah...semoga perjalan ini mendapat keberkatan dari Allah....Bismillahirrahmanirhim....Lillahitaala... 14:00 14/07/08

Thursday, April 17, 2008

Air panas Cipanas menyegarkan


KOLAM terbuka air panas ini sesuai untuk pengunjung lelaki dan kanak-kanak mandi-manda.

KEESOKAN paginya, barulah kami dapat melihat panorama sekeliling. Dari bibir kawah, jelas kelihatan wajah sebenar kota Tasikmalaya. Sejauh mata memandang, mata kami disajikan dengan panorama pepohon yang menghijau. Memandang arah ke lantai kawah, mata kami terpaku melihat sebuah tasik besar yang terbentuk daripada letusan Gunung Galunggung pada tahun 1982. Air tasik tenang dibayangi warna hijau kebiruan.

Uniknya tentang air di tasik ini kerana ia dijaga rapi agar kapasitinya tidak melebihi 1 juta m3. Jika berlakunya hujan lebat, lebihan air akan dialirkan melalui terowong khas yang dibina menuju ke Sungai Cibanjaran dan Sungai Cikunir yang terletak di timur kawah.

Tanpa terowong ini, dinding kawah akan melimpahkan air bah yang dahsyat seperti yang pernah terjadi di Gunung Kelud di Kediri, Jawa Timur pada tahun 1920-an.

Di lantai kawah, kami dapat melihat sebuah masjid yang terletak di sebelah kiri tapak perkhemahan. Kelihatan beberapa khemah pendaki yang masih tegak berdiri kerana mungkin pemiliknya masih leka bersantai. Turut kelihatan, aliran sungai dan batu-batuan yang berselerak.

Kami bergambar sakan dan tidak lama kemudian, beberapa pemilik kedai sampai bersama barangan jualan mereka.

"Kenapa pak... gerai ini tiada bumbungnya,'' tanya saya yang sejak semalam masih musykil tentang hal itu.

"Angin terlalu kuat bertiup sejak tiga bulan lalu. Habis tercabut bumbungnya, lantas tidak diganti hingga sekarang. Tunggu angin reda...,'' kata seorang penjual sambil memberitahu keadaan itu adalah biasa dalam bulan-bulan tertentu di Galunggung.

Selesai berkemas, kami menuruni lereng gunung dengan meniti anak-anak tangga yang dilalui semalam. Sebaik tiba di tempat parkir, kami sekali menaiki ojek dan terus menuju ke sebuah destinasi percutian di kolam air panas Cipanas. Sungai air panas yang mengalirkan air ke kolam ini terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat parkir ojek.

Terdapat kolam terbuka tetapi biasanya pengunjung wanita memilih untuk mandi di dalam bilik tertutup (setiap bilik mempunyai sebuah kolam kecil) dengan bayaran kira-kira RM1.00 seorang.

Oleh kerana hujan, kami sekadar duduk melepak di pondok rehat sambil menikmati kopi susu panas. Sebaik hujan reda, kami menaiki sebuah van yang membawa kami ke stesen bas
Tasikmalaya.
Berakhirlah ekspedisi ke Gunung Galunggung dan bermulalah, aktiviti santai yang lain iaitu menjelajah bumi Garut yang terletak kira-kira 60km dari Tasikmalaya.

Saturday, April 12, 2008

Bermalam di bibir kawah

Penduduk desa di kaki Gunung Galunggung mengumpamakan gunung ini sebagai 'Singa Yang Tidur Lelap'. Kenapa?
ANTON (kiri) bersama pendaki Malaysia di tepi kawah Gunung Galunggung di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia.

"KETIKA meletus pada tahun 1982, saya masih kecil. Tapi saya masih dapat mengingati langit yang gelap dan debu-debu halus memenuhi langit Jakarta,'' kata penunjuk arah, Anton kepada kami.

Saya bersama enam rakan pendaki Malaysia ketika itu sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van yang meredah jalan yang rosak teruk dan berlubang besar di hampir seluruh permukaan jalan bertar di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini.

Turut bersama kami dalam ekspedisi mendaki Gunung Galunggung ini ialah rakan pendaki dari Indonesia, Bismo Ariodewo, 19.

Gunung berketinggian 2,167 meter dari paras laut itu terletak kira-kira 20 kilometer (km) ke barat daya Tasikmalaya.

Dalam sejarahnya, ia pernah meletus beberapa kali dan terakhir pada 5 April 1982. Letusan terakhir dikategorikan sebagai vulcanian vertical iaitu seperti letusan cendawan bom atom dan mencapai ketinggian 20km ke angkasa.

Diikuti semburan piroclastic (debu halus) yang menghujani kota Bandung, Tasikmalaya, Garut, Cianjur dan kota lainnya dalam radius 100km. Debu tebal selama empat bulan terus menutup langit kota-kota itu sekali gus mendatangkan kesengsaraan yang cukup menyedihkan. Sebanyak 68 penduduk dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian ini.

MENURUNI 620 anak tangga dari puncak Galunggung.

Setelah letusan berlaku, kira-kira 100,000 hektar daerah sekitarnya rata dengan tanah diliputi batu, lahar dan debu. Puncak gunungnya juga telah runtuh dan hanyut dibawa lahar ke kawasan sekitarnya.

Pada saat letusan tersebut, sebuah pesawat Boeing 747 British Airways dan Singapore Airlines yang sedang melintasi kawasan berdekatan Galunggung hampir terhempas apabila enjin pesawat berkenaan terhenti akibat dimasuki debu-debu halus yang tersembur keluar dari kawah gunung ini.

Dalam detik cemas itu, enjin berjaya dihidupkan semula tetapi terpaksa mendarat cemas di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Meneliti sejarah letusan gunung ini, dipercayai pusingan letusan berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 43 tahun dari tahun 1982. Ini bermakna gunung yang digelar penduduk tempatan sebagai 'Singa Yang Tidur Lelap' itu dijangka akan terjaga semula pada tahun 2025.
Gunung untuk bersantai

Oleh kerana Gunung Galunggung sedang tidur lelap maka banyak aktiviti menarik dapat dilakukan di sekitarnya termasuk berkhemah di bibir kawahnya yang cantik dan dilatari cerun gunung yang menghijau. Kawahnya kini menjadi tumpuan pelancong yang sama ada datang untuk menikmati panorama pergunungan yang menakjubkan atau meneroka lantai kawah yang memerlukan sedikit kudrat untuk sampai ke sana.

Sebenarnya, ekspedisi ke gunung ini tidak ada dalam jadual pengembaraan kami di bumi Jawa Barat dari tarikh 5 Februari hingga 12 Februari lalu. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu, kami sedang berkhemah di Pos 3 (Condong Manis) iaitu salah satu pos daripada 11 pos yang terdapat di sepanjang laluan ke puncak Gunung Ceremai di Linggajati, Kuningan, Jawa Barat.


TIUPAN angin yang terlalu kencang menyebabkan atap kedai di tepi kawah diterbangkan angin.


"Selepas Ceremai, mahu ke mana bu...,'' tanya Ishak, seorang pendaki dari Jakarta yang berehat di Pos 3. Ishak bersama rakannya, Rizki ketika itu berehat di Pos 3 sebelum meneruskan pendakian ke puncak.

Ketika itu, hanya saya dan Kak Leha berada di Pos 3 kerana rakan-rakan yang lain sedang bekerja keras untuk sampai ke puncak Ceremai. Kami berdua tidak mahu meneruskan pendakian ke puncak kerana 'malas' meredah hujan.

"Mahu ke Tasikmalaya. Tapi kami tak tahu apa yang menariknya di sana,'' jawab saya.
"Boleh ke Galunggung. Tasiknya cantik dan ada bumi perkhemahan,'' kata Ishak sambil memberitahu, beliau berasal dari sebuah desa yang terletak di kaki Gunung Galunggung.
Mendengar itu, saya terus teruja untuk berkhemah di kawah gunung berapi itu. Justeru, apabila kesemua rakan-rakan selamat kembali ke Pos 3 selepas menggapai puncak Ceremai, saya kemukakan cadangan ini dan diterima oleh kesemua anggota ekspedisi.

Pada tengah hari 8 Februari, kami memulakan perjalanan ke sana dengan menaiki sebuah van yang disewa khas. Kami membayar RM236.00 untuk perjalanan yang memakan masa kira-kira dua jam.

Lewat petang barulah kami sampai di kota Tasikmalaya yang terletak kira-kira 17km dari kaki Gunung Galunggung. Kami sempat membeli-belah di sebuah pasar raya untuk juadah makan malam. Setelah berpuas hati dengan bekalan yang dibawa, kami meneruskan perjalanan yang penuh berliku.

Rupa-rupanya, pemandu van yang disewa tidak tahu di mana letaknya Gunung Galunggung dan setelah puas meredah seluruh pelosok kota dengan menempuh jalan tar yang rosak teruk, akhirnya kami menemui jalan masuk ke kaki gunung. Itupun, selepas bertanya beberapa kali kepada penduduk tempatan.

'Cabaran' naik ojek

Perjalanan ini menempuh beberapa buah desa yang begitu indah kerana dikelilingi sawah padi yang menghijau. Sesekali kami berselisih dengan kereta kuda yang membawa penumpang.
Akhirnya, kami sampai di pintu gerbang yang tertulis perkataan mengalu-alukan kedatangan pelancong.

Setelah membayar tiket masuk berharga kira-kira RM1.50 seorang, kami menaiki ojek (motosikal) dengan bayaran kira-kira RM3.50 seorang. Setiap orang menaiki sebuah ojek dan bermulalah cabaran membonceng ojek dengan menempuh jalan tar yang menanjak menuju ke kawasan parkir. Terdapat sederet kedai yang menjual makanan dan minuman ringan serta buah-buahan, masjid dan tandas awam di kawasan parkir ini.

Banyak pula halnya berlaku ketika kami menaiki ojek. Oleh kerana, kami membawa beg galas yang berat dan besar yang disandang di belakang maka apabila ojek menaiki kawasan tinggi, beg yang berat itu menarik kami ke belakang sehinggakan ada kalanya, kami terasa mahu terjatuh.
Bib pula lebih malang apabila ojek yang dinaikinya kehabisan petrol dan tuan punya ojek itu terpaksa meninggalkannya seorang diri di tepi jalan yang ketika itu sudahpun gelap gelita. Jarun jam menunjukkan hampir pukul 6.30 petang dan sayup-sayup terdengar suara azan Maghrib berkumandang dari desa berhampiran.

Saya pula hampir 'tercicir' apabila ojek yang dinaiki terlanggar lubang dan terus mati enjinnya. Latif, lain pula halnya apabila dia yang menjinjing dua beg plasik berisi barangan yang dibeli di pasar raya tadi terhidu bau 'benda' terbakar.

Selepas diperiksa, rupa-rupanya, beg plastik yang dijinjing terkena ekzos ojek dan melecur terbakar! Beberapa barang tercicir di jalanan termasuk uncang teh.

Mendaki 620 anak tangga

Kami tiba di kawasan tangga dalam cahaya terang bulan. Saya masih dapat melihat betapa tingginya tangga yang perlu didaki. Sebanyak 620 anak tangga perlu ditempuh yang berjarak hampir 200 meter. Saya menjadi insan pertama yang mendaki anak tangga ini tetapi di pertengahan jalan, Latif dan Kak Kay memotong saya. Dalam kegelapan malam dan bertemankan lampu suluh, saya terasa seperti ada 'sesuatu' yang mengikut saya. Ketika itu, saya berjalan sendirian. Saya cepat-cepat mengatur langkah dan akhirnya selamat tiba di bibir kawah pada kira-kira pukul 7.15 malam. Ini bermakna saya mengambil masa 20 minit untuk mendaki kesemua anak tangga ini tanpa berhenti rehat.

TUJUH pendaki Malaysia dan seorang pendaki Indonesia, Bismo Ariodewo (empat dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang di tangga menuju ke puncak.

"Untuk sampai ke tapak perkhemahan, kamu perlu berjalan kaki selama 45 minit mengikut arah kanan kawah dan terus turun ke lantai kawah,'' kata pemandu ojek yang membawa saya ketika dalam perjalanan tadi.

Memandangkan hari malam dan tiada seorang pun dalam kalangan kami yang pernah sampai di gunung ini maka kami sepakat tidak mahu turun ke lantai kawah. Sebaliknya, kami memasang khemah di bahagian kiri anak tangga terakhir. Di situ, terdapat deretan gerai yang kesemuanya tidak berbumbung. Memang aneh melihatnya dan membuatkan saya tertanya-tanya, kenapa begitu jadinya.

Waktu malam di tepi kawah Galunggung begitu dingin dengan tiupan angin yang teramat kencang. -Rohana Man