"Manusia kebiasaan akan menjadi kuat ketika didalam keadaan tertekan, dan akan menjadi lemah dalam keadaan comfort zone";
ini adalah perkataan yang aku salin daripada ustaz Arif di kuliah menara polo pada pagi tadi.
pada pengamatan aku inilah puncanya kenapa kebanyakan orang yang dikatakan golongan 90% itu terperangkap, maka sebenarnya amat beruntunglah manusia itu yang ditimpa sedikit ujian dari Allah itu jika dia melihat dari sudut yang positive.
Memang benar, inilah yang berlaku pada aku ketika ini. Ketika aku hilang pekerjaan, sekarang aku ingin beubah dengan mengambil langkah :-
Langkah pertama:-
1. '0' debt.
2. aku ingin melakukan apa yang aku suka tanpa mengabaikan tanggung jawab aku sebagai seorang suami dan seorang ayh.
3. mencari rezeki dengan mengenali diri
Apakah antara lubuk rezeki yang akan aku lakukan.
1. Disebabkan aku suka berjalan - pekerjaan yang berkaitan dengan travell ; contoh travell agent.
2. Di sebabkan aku suka ilmu - kemungkinan ilmu yang akan divideokan, ilmu yg akan dibukukan, ilmu yang kan di rakamkan.
Berkaitan kedua-duanya ketika aku mengembara , segala2 ny aperlu direkodkan atau pun dirakamkan dan dijadikan sebuah buku.
Apakah peraltan yang aku perlukan untuk melaksanakan :-
1.Camera video. - segala keindahan alam akan dirakam kan disepanjang perjalan .
2.Kamera digital SLR - mencari bahan dan maklumat
3. Komputer/ laptop sendiri , sekarang pakai komputer bini hehe - pengeditan
4. Internet - pemasaran
Kesemua perkara yang diatas adalah memerlukan ilmu, jangan risau ilmu itu akan datang apabila kita cari dikala permasalahan tibul ataupun kita tak tahu buat...
Dan jangan lupa , perkara terakhir..." Ya Allah, ya tuhan ku...aku ini telah hilang pekerjaan, tetapi aku yakin dan percaya dengan musibah inilah yang akan dapat meningkatkan keyakinan(iman) aku terhadap Mu,
Ya Allah bantulah aku, berilah aku kekuatan dalam untuk berusaha mencari rezeki yang halal , tambah lah keyakinan kepadaku bahawa rezeki itu datang daripadaMu, bukan bergantung kepada makhluk mu yang lain, berilah aku petunjukMu YaAllah...engkaulah yang Maha mengetahui segala-galanya..Amin.."
Hasil tulisan : - Latiff 03:50 mlm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment